Thursday, 9 March 2017

New skincare routine! Stay tuned!

Hello Everyone!!

   Terasa lama gila tak update blog ni. Just nak update korang yg next post aku, aku akan tunjuk korang skincare routine aku yg paling latest. Aku try skincare range yg baru for about 3 months kot. So far everything is working well. Tak sabar nak share dgn korang. So stay tuned! I'allah kalau hujung minggu ni aku ada masa, aku akan update. Just nak inform korang yg skincare routine terbaru ni aku dah tak pakai Tati skincare. Aku try product baru and routine aku kali ni simple gila!

 So nantikan post aku next alright!!

See ya guys!

Friday, 10 June 2016

Simtom-simtom Denggi dan tips menangani Denggi!

Hello korang!

Lama rasa aku tak post apa-apa dkt site ni. Post kali ni bukan anything about beauty. Aku nak ceritakan pengalaman aku kena penyakit denggi. Yes DENGGI! Siapa sangka, satu hari nanti aku akan melalui pengalaman denggi ni. Sebenarnya baru semalam aku discharge daripada hospital. Seriously, sungguh seksa! Aku harap sangat ni first and last aku masuk hospital.

Aku admitted hari Ahad hari tu. Cerita nya aku start demam panas lepas recording dengan Arina untuk channel kitaorg. Masa tu Khamis malam. Kitaorg settle dalam pkul 12.30++. Masa tu aku dah rasa lain. So balik rumah mandi-mandi aku terus tidur. Tapi badan dah mula panas. Aku ignore je masa tu sbb dah letih sangat. Esok nya aku bangun pagi, bermulalah kisah hitam aku (teruk betul bunyinya tapi tulah kenyataan babe!).

Masa nak bangun dari katil, Ya Allah, hanya tuhan je tahu betapa seksanya aku. Badan panas gila! Kepala berat, badan sakit-sakit, and melayang layang je rasa. Tapi aku gagahkan jugak. Dalam hati, penat sangat aku ni. Dah siap mandi-mandi, pakai baju, aku pun terus drive pergi kerja. Dalam perjalanan tu aku boleh rasa mata aku mula panas, tangan and kaki aku rasa sejuk mcm dalam ais! Aku gagahkan jugak hati. Jap lagi mkn panadol okay lah kot! (Boy was I wrong).

Aku smpai office aku pun mulalah siap-siapkan hadiah untuk boss aku. Siapkan apa yang patut. Sebelum tu aku telan panadol and minum coffee dlu. Kononnya okay lah. Tapi start masuk tengahari aku dah tak tahan. Gila kau! Office aircond dah la sejuk. Aku pulak pandai sgt pkai skirt. Last-last aku terpaksa excuse kan diri aku dekat boss aku. Tu pun setelah dipaksa oleh colleague aku, yang aku hanya akan menyusahkan orang kalau aku tak ambik MC haritu. Sbb kalau-kalau pengsan tak ke menyusahkan tu.

Aku pun balik. Terus jumpa doc. Aku perasan dkt peha aku ada bintik-bintik merah. aku tunjuk doc aku tapi dia ckp tu ruam sbb aku panas sgt. Masa tu suhu aku 38.9 celcius. Aku pun blk and start to take the medicine. But smpai malam tak ada tanda-tanda suhu badan aku akan turun. Aku pelik tapi aku fikir positive. Esok turun lah.

The next day, same thing. Badan panas gila, in fact lagi tinggi. Kepala berat, batuk-batuk skit. Now, ruam tu dkt pergelangan kaki aku. Smpai malam, still sama. Tak okay jugak. Esoknya, aku dah tak tahan. Aku mula cirit and loya aku makin teruk. Aku cakap dgn mama aku tolong bawak aku pg hospital. I think it's denggi. At first semua orang tak percaya cakap aku but I know my body well enough to judge. Aku tak pernah demam lebih 2 hari. At least hari ketiga dah ada improvement. Ni makin teruk, I know there is something wrong somewhere.

Mama bawa aku pg KPJ hospital. Check suhu aku, masa tu 39.5. GILA?! Aku tak pernah demam tinggi macam tu. Lepastu diaorg ambik darah and check my weight. I lost 5 kg. In just 2 days. Kitaorg kena tunggu for 45 minutes. Tepat 45 mins, diaorg call blk. And guess what? I was in fact infected by dengue. What a surprised! I remember the look on my mom's face. Terkejut gila. Priceless.

I was admitted for 4 days straight. My 1st and 2nd day was the WORST! Seriously. Rasa macam neraka. Every hour dioarg dating bagi ubatlah, inject ambil darah la, pressure la.. yada yada yada.. Tidur jgn ckp. I'm lucky kalau I manage utk tidur an hour straight.

Tapi alhamdulillah, hari ketiga dkt hospital aku rasa ok skit. Demam dah tak ada, badan kurang sikit sakit cuma perut still banyak angin and loya. Badan pun still melayang-layang lagi. Tapi biasalah orang sakit. Ok lah! Enough membebel Nurul.

Dekat bawah ni aku nak share korang skit simptom-simtom denggi and mungkin serba sedikit tips kalau kau terkena denggi.




Simtom-Simton Denggi
  • Demam Panas 
  • Badan sakit-sakit
  • Loya
  • Perut berangin/ senak
  • Cirit Birit
  • Ruam
  • Sakit kepala
Tips untuk pulih dari Denggi
  • Minum banyak air
  • Minum air daun betik
  • Makan sup ketam
  • Makan banyak buah (Sebab tekak akan sentiasa rasa loya, jadi buah seperti oren dan nenas membantu menghilangkan rasa loya)
Oklah! Sampai sini je post aku kali ni.
See you guys on my next post.
XOXO

Tuesday, 10 May 2016

Challenge: Spicy Korean Noodle Challenge featuring Arina & Mary from Clevergirl!



Hi Guys,

2 days back we've posted a video on a challenge that has been going around the social media. We've invited Mary from Clevergirl to join us as well. It was a really fun recording session. We had a good laugh. Actually dah lama aku and Arina buat page thefashionreps instagram & thefashionreps youtube channel. Tapi dah lama kitaorg tak update apa-apa. But anyway, lepas ni every Sunday kitaorg akan update and upload a video. So please stay tune for the next video okay?

Honestly, masa mula-mula tu macam rasa, takkan lah pedas sangat. Kalau pedas pun sure aku boleh tahan. Sebab aku memang suka pedas. Tapi sekali masuk mulut, rasa macam nak berenang dalam kolam renang terus. Seriously memang pedas. Tak tipu. Sekali suap je dkt mulut, lidah rasa terbakar. Badan tiba-tiba rasa panas, berpeluh, kepala pening, rambut gatal-gatal ( bak kata Mary) dan lain-lain lah. Memang noodle yang paling pedas aku pernah jumpa.

Anyway, kalau korang free visit lah our Youtube channel and watch this video. Plus, jangan lupa subscribe. :) Anyway, jumpa korang on my next post.

Sunday, 27 March 2016

Makeup tutorial by Nurul Gan: One eyeshadow makeup look

Happy Sunday you alls,

Aku baru je upload makeup tutorial dekat Youtube channel aku. Setiap hari Ahad aku akan post makeup look/ apa-apa video yang berkenaan dengan makeup. I really hope you guys can support my channel by following it at nurulgan.

Untuk video kali ni, aku hanya menggunakan 1 jenis eyeshadow saja untuk dapatkan look ni. Sangat simple and sesuai untuk orang yang baru nak start pakai makeup yang tak tau macam mana nak gabungkan warna. Senang gila okay!


Ni finish look nya.

Aku guna 1 eyeshadow sahaja. Urban Decay in Lost.
Retro matte liquid lipstick from MAC.

Product yang aku gunakan untuk dapatkan look ni.
Brushes & powder puff yang aku gunakan until look ni.







Saturday, 12 March 2016

Makeup Tutorial by Nurul Gan: My Everday Makeup Look

Hello you allsss,

         Aku memang minat makeup gila. So hari-hari tu mesti kena pakai makeup (except kalau bersukan lah). So dekat bawah ni aku ada buat satu makeup video (untuk suka-suka je), makeup yang aku pakai hari-hari.

         Ni lah makeup yang aku guna hari-hari pergi kerja. Untuk list barang apa yang aku pkai you can refer below. Aku harap korang dapat learn something from this. Enjoyyy.


Product used in this video:

Smashbox Primer
Tarte liquid foundation
Rimmel stay matte powder
Sephora bronzer
Clinique Blush Pop in Plum Pop
Morphe eyeshadow palette in 350
Cyber Colors lash amplifier mascara
Simply Pretty Color Magic lipstick in Mango yellow (Avon)
Perfectly Matte lipstick in Au Naturale (New will launch in May 2016)

Thank you.

Saturday, 6 February 2016

PENCARIAN BINTANG SIMPLY PRETTY!!

Hello guys!

Just nak inform korang yang sekarang ni AVON tengah mencari BINTANG SIMPLY PRETTY
Pencarian ni terbuka kepada wanita yang berumur 18 hingga 25 tahun. Mempunyai imej dan berpewatakan menarik.
Cara-cara nak menyertai pencarian ni senang je.


  • Beli barang Simply Pretty berharga RM20.
  • Daftar sebagai wakil Avon secara percuma.
  • Isi borang yang boleh didapati di mana-mana butik Avon yang berdekatan. Klik sini kalau nak tau mana butik Avon paling dekat dengan kau.
  • Kepilkan gambar bersaiz 3R bersama borang dan resit pembelian.
  • Jika anda terpilih Avon akan membuat panggilan.


HADIAH UTAMA

Hadiah bernilai RM10,000 termasuk:
Wang tunai bernilai RM5,000DUTA SIMPLY PRETTY
Penampilan di majalah REMAJA
Kelas solekan dan imej professional bernilai RM3,000
Barangan Simply Pretty bernilai RM2,000


HADIAH KEDUA
Wang tunai bernilai RM2,000
Penampilan di majalah REMAJA
Barangan Simply Pretty bernilai RM500

HADIAH KETIGA
Wang tunai bernilai RM1,000
Penampilan di majalah REMAJA
Barangan Simply Pretty bernilai RM300

So apa lagi! Cubalah! Mana lah tau ada rezeki tiba-tiba jadi duta pulak. :P
Anyway, good luck guys!

Wednesday, 4 November 2015

Beauty Review: Urban Decay Naked Smoky palette

Helloooooo.

Rasa macam dah lama tak ber-blog ni. Busy sangat2.

Tapi rasa rindu pulak nak menaip ni. So hari ni aku nak review one of the latest palette daripada Urban Decay. Ini adalah edisi ke-empat palette Urban Decay. So far aku day try Naked 1st edition and 3rd Edition. Both pun best. So bila aku dapat tahu yang Sephora nak keluarkan Naked Smoky ni aku jade sangat excited! Tapi mula-mula macam nak cancel beli sebab Palette 1st and 3rd edition pun still tak hit pan lagi. Tap tengok packaging nya yang mengancam gila tambah pula shade dia yang memang favourite aku, aku pun beli la akhirnya.


Semua Naked edition ni shades dia mostly neutral. Sesuai untuk kegunaan hari-hari especially untuk orang yang berkerja. Naked Smoky ni ada 4 warna matte and 8 warna yang berkilat sikit. Walaupun dia ada glitter, tapi glitter dia sangat halus. So tak nampak over lah untuk orang yang nak pakai pergi kerja. Pendapat aku, palette ni sangat sesuai untuk orang yang suka warna basics.


Tapi walaupun warna dia sangat neutral, palette ni boleh buat macam-macam look. Kalau nak basic, pakai warna brown matte dekat kelopak mata and warna putih matte dekat bawah kening dah cukup. Kalau nak glamor gunalah warna silver terang and gelap. Ada jugak warna deep purple kalau nak tampah warna sikit dekat mata. Tapi favorite aku, warna matte brown and light brown yang ada glitter sikit tu.

Kadang2 sebab malas aku guna je warna deep brown tu untuk warna kening aku. Senang! Tak payah nak bawak banyak2 palette (Sebab aku makeup dalam kereta kalau nak pergi kerja).

Texture dia sangat smooth. Kau sapu sekali je dekat mata kau guna berus, kau dah boleh nampak color yang terang dekat mata kau. Kalau guna jari lagi terang warna tu. Tapi aku prefer pakai berus sebab senang sikit nak blend and tak perlu kotorkan jari aku (Since aku makeup dalam kereta).

Urban Decay kalau bab-bab eyeshadow ni memang 10 out of 10. Sangat superb! Kau tak perlu guna banyak pun and color dia memang stay lama dekat mata.

Naked palette ni available dekat semua SEPHORA outlet. Harga last aku tengok dekat sephora RM188. Tak sure kalau dah naik ke tak. But anyway, sangat berbaloi. Cuma aku nak nasihatkan, siapa-siapa yang dah ada Naked Palette sebelum ni tak perlulah nak beli sebab warna nya lebih kurang sahaja dengan Naked2 yang sebelum ni.

Anyway dah mengantuk sangat ni. haha. Got to go. I'll see you on my next blog.

xo






Photo by: Eyzadmuhammad (instagram.com/eyzadmuhammad)