Wednesday 4 November 2015

Beauty Review: Urban Decay Naked Smoky palette

Helloooooo.

Rasa macam dah lama tak ber-blog ni. Busy sangat2.

Tapi rasa rindu pulak nak menaip ni. So hari ni aku nak review one of the latest palette daripada Urban Decay. Ini adalah edisi ke-empat palette Urban Decay. So far aku day try Naked 1st edition and 3rd Edition. Both pun best. So bila aku dapat tahu yang Sephora nak keluarkan Naked Smoky ni aku jade sangat excited! Tapi mula-mula macam nak cancel beli sebab Palette 1st and 3rd edition pun still tak hit pan lagi. Tap tengok packaging nya yang mengancam gila tambah pula shade dia yang memang favourite aku, aku pun beli la akhirnya.


Semua Naked edition ni shades dia mostly neutral. Sesuai untuk kegunaan hari-hari especially untuk orang yang berkerja. Naked Smoky ni ada 4 warna matte and 8 warna yang berkilat sikit. Walaupun dia ada glitter, tapi glitter dia sangat halus. So tak nampak over lah untuk orang yang nak pakai pergi kerja. Pendapat aku, palette ni sangat sesuai untuk orang yang suka warna basics.


Tapi walaupun warna dia sangat neutral, palette ni boleh buat macam-macam look. Kalau nak basic, pakai warna brown matte dekat kelopak mata and warna putih matte dekat bawah kening dah cukup. Kalau nak glamor gunalah warna silver terang and gelap. Ada jugak warna deep purple kalau nak tampah warna sikit dekat mata. Tapi favorite aku, warna matte brown and light brown yang ada glitter sikit tu.

Kadang2 sebab malas aku guna je warna deep brown tu untuk warna kening aku. Senang! Tak payah nak bawak banyak2 palette (Sebab aku makeup dalam kereta kalau nak pergi kerja).

Texture dia sangat smooth. Kau sapu sekali je dekat mata kau guna berus, kau dah boleh nampak color yang terang dekat mata kau. Kalau guna jari lagi terang warna tu. Tapi aku prefer pakai berus sebab senang sikit nak blend and tak perlu kotorkan jari aku (Since aku makeup dalam kereta).

Urban Decay kalau bab-bab eyeshadow ni memang 10 out of 10. Sangat superb! Kau tak perlu guna banyak pun and color dia memang stay lama dekat mata.

Naked palette ni available dekat semua SEPHORA outlet. Harga last aku tengok dekat sephora RM188. Tak sure kalau dah naik ke tak. But anyway, sangat berbaloi. Cuma aku nak nasihatkan, siapa-siapa yang dah ada Naked Palette sebelum ni tak perlulah nak beli sebab warna nya lebih kurang sahaja dengan Naked2 yang sebelum ni.

Anyway dah mengantuk sangat ni. haha. Got to go. I'll see you on my next blog.

xo






Photo by: Eyzadmuhammad (instagram.com/eyzadmuhammad)