Friday 10 June 2016

Simtom-simtom Denggi dan tips menangani Denggi!

Hello korang!

Lama rasa aku tak post apa-apa dkt site ni. Post kali ni bukan anything about beauty. Aku nak ceritakan pengalaman aku kena penyakit denggi. Yes DENGGI! Siapa sangka, satu hari nanti aku akan melalui pengalaman denggi ni. Sebenarnya baru semalam aku discharge daripada hospital. Seriously, sungguh seksa! Aku harap sangat ni first and last aku masuk hospital.

Aku admitted hari Ahad hari tu. Cerita nya aku start demam panas lepas recording dengan Arina untuk channel kitaorg. Masa tu Khamis malam. Kitaorg settle dalam pkul 12.30++. Masa tu aku dah rasa lain. So balik rumah mandi-mandi aku terus tidur. Tapi badan dah mula panas. Aku ignore je masa tu sbb dah letih sangat. Esok nya aku bangun pagi, bermulalah kisah hitam aku (teruk betul bunyinya tapi tulah kenyataan babe!).

Masa nak bangun dari katil, Ya Allah, hanya tuhan je tahu betapa seksanya aku. Badan panas gila! Kepala berat, badan sakit-sakit, and melayang layang je rasa. Tapi aku gagahkan jugak. Dalam hati, penat sangat aku ni. Dah siap mandi-mandi, pakai baju, aku pun terus drive pergi kerja. Dalam perjalanan tu aku boleh rasa mata aku mula panas, tangan and kaki aku rasa sejuk mcm dalam ais! Aku gagahkan jugak hati. Jap lagi mkn panadol okay lah kot! (Boy was I wrong).

Aku smpai office aku pun mulalah siap-siapkan hadiah untuk boss aku. Siapkan apa yang patut. Sebelum tu aku telan panadol and minum coffee dlu. Kononnya okay lah. Tapi start masuk tengahari aku dah tak tahan. Gila kau! Office aircond dah la sejuk. Aku pulak pandai sgt pkai skirt. Last-last aku terpaksa excuse kan diri aku dekat boss aku. Tu pun setelah dipaksa oleh colleague aku, yang aku hanya akan menyusahkan orang kalau aku tak ambik MC haritu. Sbb kalau-kalau pengsan tak ke menyusahkan tu.

Aku pun balik. Terus jumpa doc. Aku perasan dkt peha aku ada bintik-bintik merah. aku tunjuk doc aku tapi dia ckp tu ruam sbb aku panas sgt. Masa tu suhu aku 38.9 celcius. Aku pun blk and start to take the medicine. But smpai malam tak ada tanda-tanda suhu badan aku akan turun. Aku pelik tapi aku fikir positive. Esok turun lah.

The next day, same thing. Badan panas gila, in fact lagi tinggi. Kepala berat, batuk-batuk skit. Now, ruam tu dkt pergelangan kaki aku. Smpai malam, still sama. Tak okay jugak. Esoknya, aku dah tak tahan. Aku mula cirit and loya aku makin teruk. Aku cakap dgn mama aku tolong bawak aku pg hospital. I think it's denggi. At first semua orang tak percaya cakap aku but I know my body well enough to judge. Aku tak pernah demam lebih 2 hari. At least hari ketiga dah ada improvement. Ni makin teruk, I know there is something wrong somewhere.

Mama bawa aku pg KPJ hospital. Check suhu aku, masa tu 39.5. GILA?! Aku tak pernah demam tinggi macam tu. Lepastu diaorg ambik darah and check my weight. I lost 5 kg. In just 2 days. Kitaorg kena tunggu for 45 minutes. Tepat 45 mins, diaorg call blk. And guess what? I was in fact infected by dengue. What a surprised! I remember the look on my mom's face. Terkejut gila. Priceless.

I was admitted for 4 days straight. My 1st and 2nd day was the WORST! Seriously. Rasa macam neraka. Every hour dioarg dating bagi ubatlah, inject ambil darah la, pressure la.. yada yada yada.. Tidur jgn ckp. I'm lucky kalau I manage utk tidur an hour straight.

Tapi alhamdulillah, hari ketiga dkt hospital aku rasa ok skit. Demam dah tak ada, badan kurang sikit sakit cuma perut still banyak angin and loya. Badan pun still melayang-layang lagi. Tapi biasalah orang sakit. Ok lah! Enough membebel Nurul.

Dekat bawah ni aku nak share korang skit simptom-simtom denggi and mungkin serba sedikit tips kalau kau terkena denggi.




Simtom-Simton Denggi
  • Demam Panas 
  • Badan sakit-sakit
  • Loya
  • Perut berangin/ senak
  • Cirit Birit
  • Ruam
  • Sakit kepala
Tips untuk pulih dari Denggi
  • Minum banyak air
  • Minum air daun betik
  • Makan sup ketam
  • Makan banyak buah (Sebab tekak akan sentiasa rasa loya, jadi buah seperti oren dan nenas membantu menghilangkan rasa loya)
Oklah! Sampai sini je post aku kali ni.
See you guys on my next post.
XOXO

No comments:

Post a Comment