Wednesday 4 November 2015

Beauty Review: Urban Decay Naked Smoky palette

Helloooooo.

Rasa macam dah lama tak ber-blog ni. Busy sangat2.

Tapi rasa rindu pulak nak menaip ni. So hari ni aku nak review one of the latest palette daripada Urban Decay. Ini adalah edisi ke-empat palette Urban Decay. So far aku day try Naked 1st edition and 3rd Edition. Both pun best. So bila aku dapat tahu yang Sephora nak keluarkan Naked Smoky ni aku jade sangat excited! Tapi mula-mula macam nak cancel beli sebab Palette 1st and 3rd edition pun still tak hit pan lagi. Tap tengok packaging nya yang mengancam gila tambah pula shade dia yang memang favourite aku, aku pun beli la akhirnya.


Semua Naked edition ni shades dia mostly neutral. Sesuai untuk kegunaan hari-hari especially untuk orang yang berkerja. Naked Smoky ni ada 4 warna matte and 8 warna yang berkilat sikit. Walaupun dia ada glitter, tapi glitter dia sangat halus. So tak nampak over lah untuk orang yang nak pakai pergi kerja. Pendapat aku, palette ni sangat sesuai untuk orang yang suka warna basics.


Tapi walaupun warna dia sangat neutral, palette ni boleh buat macam-macam look. Kalau nak basic, pakai warna brown matte dekat kelopak mata and warna putih matte dekat bawah kening dah cukup. Kalau nak glamor gunalah warna silver terang and gelap. Ada jugak warna deep purple kalau nak tampah warna sikit dekat mata. Tapi favorite aku, warna matte brown and light brown yang ada glitter sikit tu.

Kadang2 sebab malas aku guna je warna deep brown tu untuk warna kening aku. Senang! Tak payah nak bawak banyak2 palette (Sebab aku makeup dalam kereta kalau nak pergi kerja).

Texture dia sangat smooth. Kau sapu sekali je dekat mata kau guna berus, kau dah boleh nampak color yang terang dekat mata kau. Kalau guna jari lagi terang warna tu. Tapi aku prefer pakai berus sebab senang sikit nak blend and tak perlu kotorkan jari aku (Since aku makeup dalam kereta).

Urban Decay kalau bab-bab eyeshadow ni memang 10 out of 10. Sangat superb! Kau tak perlu guna banyak pun and color dia memang stay lama dekat mata.

Naked palette ni available dekat semua SEPHORA outlet. Harga last aku tengok dekat sephora RM188. Tak sure kalau dah naik ke tak. But anyway, sangat berbaloi. Cuma aku nak nasihatkan, siapa-siapa yang dah ada Naked Palette sebelum ni tak perlulah nak beli sebab warna nya lebih kurang sahaja dengan Naked2 yang sebelum ni.

Anyway dah mengantuk sangat ni. haha. Got to go. I'll see you on my next blog.

xo






Photo by: Eyzadmuhammad (instagram.com/eyzadmuhammad)








Saturday 10 October 2015

September Favorites!

Hi peeps,

Hari ni aku nak cerita sikit tentang produk2 kegemaran aku. Aku memang gila makeup. Sangat GILA. So tiap2 bulan mesti ada makeup yang aku beli or pakai yang akan jadi favorite aku. So untuk post kali ni jom kita tengok produk makeup yang aku enjoy guna bulan September ni.






1. LAURA MERCIER SILK CRE'ME OIL FREE LIQUID FOUNDATION









Sejak bangku sekolah lagi kulit aku memang jenis berminyak. So bila aku pilih foundation, aku akan cenderung untuk pilih yang oil-free. Masa jalan-jalan dekat Sephora, aku ternampak foundation ni and memang a lot of people bagi good reviews. So, being the makeup geek myself, aku pun try la foundation ni. 

Honestly this is one of the best foundation I've tried so far. Aku hanya perlukan sedikit je foundation ni untuk cover parut-parut jerawat. It's really that good! Aku dah cuba guna jari dan berus. Jujurnya, dua-dua pun okay. Tapi aku lagi prefer pakai berus la sebab lebih hygienic.

Aku pakai foundation ni almost everyday pergi kerja. Selalunya kulit aku akan berminyak lepas 2 or 3 jam aku pakai foundation, tapi dengan foundation ni lebih 5 jam baru kulit aku akan start berminyak and barulah aku blot muka aku dengan blotting paper. But good thing is even aku blot muka aku, foundation aku still stays! Two thumbs up!
To people yang kulit bermasalah and berminyak, I suggest for you to give this foundation a try. Tak menyesal weh!

LOKASI: Sephora or Laura Mercier Kiosk.
HARGA: RM160++. 

2. THE BALM MARY LOU MANIZER



OMG!!! Highlighter ni the bomb dot com! Sebelum ni aku tak minat pun nak guna highlighter sebab kulit aku berminyak so aku takut makin berminyak. Boy.. how was I wrong. Highlighter ni memang akan buat kulit lebih glowy nampak sihat! 

Kalau ada function atau event, aku memang akan make sure yang aku slap on this highlighter dekat highest point of my face. Sebab bagi aku, kulit yang cantik akan buat makeup lebih outstanding.

Korang cuma perlu letak sikit je dekat atas pipi, tengah-tengah hidung (biar mancung. hahaha) and calit sikit dekat atas bibir untuk bibir yang lebih penuh. Dekat bawah ni ada shot gambar highlighter ni bila dekat atas kulit so that korang ada idea macam mana highlighter ni dekat kulit korang.


LOKASI: Sasa

Harga: RM72+/-

3. BORJOUIS FLOWER PERFECTION TRANSLUCENT SMOOTHING PRIMER
Dalam banyak-banyak primer yang aku cuba, ni primer yang aku dah beli lebih dari 3 kali. Primer ni berfungsi untuk cover liang roma and make sure kulit korang lebih smooth bila apply foundation. Primer ni juga membantu foundation tu stay lebih lama dekat kulit. Aku memang takkan miss step until pakai primer sebelum pakai foundation. Seriously, a must try!

LOKASI: Any pharmacy and Borjouis kiosk
Harga: RM36

4. MAC RETRO MATTE LIPSTICK IN RUNWAY HIT


Lipstick favorite MAC aku in "kinda sexy" dah habis so aku pun jalan-jalan dekat dalam MAC nak cari lipstick baru. Tengah swatch-swatch tu aku ternampak lipstick ni so aku pun try la. OH-EM-GEE. Aku terus jatuh cinta. Since that day sampai today, almost everyday aku pakai lipstick ni. My favorite ways to wear it is pakai MAC lipliner in Spice then baru apply lipstick "Runway Hit ni". I kid you not, the lipstick akan still ada dekat bibir korang even after korang makan.


LOKASI: MAC store

Harga: RM70


5 . SEPHORA CREAM LIP STAIN IN 01


Dulu aku benci gila nak pakai lipstick merah sebab aku takut dia akan melekat dekat gigi aku and at the same time since aku pakai braces, aku tak nak lah bila orang cakap dengan aku dia akan tenung mulut and gigi aku je. Tapi di sebabkan aku suka gila tengok Taylor Swift pakai lipstick merah, aku pun konon-konon nak try lah.
Aku memang banyak dengar review Sephora Cream Lip Stain ni. First time aku swatch memang awesome gila color dia. Sangat pigmented. Bila dah kering, dia akan stay je dekat bibir. Walaupun lip stain ni matte, bibir tak rasa kering. Tu bonus untuk aku sebab bibir aku memang jenis kering. Applicator dia pun senang nak guna. Macam applicator lip gloss. 


Aku sarankan, kalau pada siapa-siapa yang ada event satu hari suntuk and malas nak touch up, boleh guna lip stain ni. And paling best untuk orang yang nak guna untuk makeup sanding. Seri pengantin akan naik. No joke.

LOKASI: Sephora
HARGA: aku tak ingat sangat harga dia sebab dah lama beli. Tapi dalam RM60-RM70 tak silap aku.



Photo by: Eyzadmuhammad (instagram.com/eyzadmuhammad)


Sunday 4 October 2015

Ini aku..



Hi All,



Ni first post aku in this blog! 

For those yg tak kenal aku, I'm Nurul. Sometimes org panggil aku Hidayah, Dayah, Gan, Cina and macam2 lah.







Aku berbintang Leo and berdarah kacukan. 






Papa aku Chinese Mama aku Melayu (That's why nama aku ada Gan).


Aku dibesarkan dalam family yang sangat besar. Aku ada 3 adik perempuan and 2 adik lelaki.


Adik2 aku dah besar macam aku. Kalau keluar satu family, orang ingat kita orang ni member2 je.


Aku sangat suka benda2 kecantikan ni. Sephora, Watsons, Guardian tu memang tempat2 fav aku. Aku boleh spend almost an hour dekat dalam tu. People around me thinks I'm crazy T_T


And di sebabkan tu lah aku berkerja di company kosmetik jugak. :) Jaga makeup pulak tu! wohoo!


Hobi aku Shopping (window shopping pun termasuk jugak! haha), tengok Youtube, TV, naik basikal, karaoke, makan and tidur.

Aku adalah seorang yang sangat suka gelak, suka dengar masalah orang and suka tolong orang. Pantang orang mintak tolong especially orang yang tersayang aku memang tak boleh berdiam diri je.

Aku family oriented. My family is my everything. Don't mess with them.

Anyway, aku harap journey aku untuk start blogging balik ni menjadi. haha. Good Luck to myself. And aku harap korang enjoy blog aku.

Terima Kasih.

x